Kesihatan

Panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan bagaimana pemeriksaan Saringan HIV (Rapid Test) dijalankan ke atas setiap bakal pengantin.



BORANG UJIAN SARINGAN HIV
  1. Bakal pengantin boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV di Jabatan Agama Islam berhampiran anda.
  2. Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV. (Bayaran adalah berbeza mengikut negeri)
  3. Borang Ujian Saringan HIV hendaklan dilengkapkan dan dibawa ke klinik kesihatan yang telah disenaraikan bagi menjalani Ujian HIV 1 & 2.

UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
  1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.
  2. Sekiranya keputusan ujian TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.
  3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu.
  4. Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dan dimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.
  5. Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.
  6. Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 BULAN dari tarikh ujian dijalankan.

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI JABATAN AGAMA ISLAM.
  1. Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  2. Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.
  3. Sekiranya keputusan HIV adalah POSITIF, maka:
  • Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin.
  • Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV.
  • Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.
  • Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka ermohonan kebenaran berkahwin akan diproses.
  • Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya.