Galeri

Hamizah Beauty and Bridal Boutique (Exclussive For Muslimah) telah pun ditubuhkan hampir tujuh tahun yang lalu..bermula pada tahun 2004...

Untuk pengetahuan semua, butik kami telah pun menyediakan perkhidmatan "wedding planner" ini di sekitar daerah Baling,Kulim,Sik ,Kedah.. Pengkalan Hulu dan Gerik, Perak.(Kami juga berharap agar tempahan dari sekitar  negeri Kedah atau negeri lain menjadi lebih meluas ,insyaAllah semoga harapan daripada pihak kami ini diperkenankan.)

Kami sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan yang dihargai.
Apa yang menarik di butik kami ialah, kami menyediakan pelbagai pakej untuk semua golongan.

Menjadi keutamaan kami ialah, kami ingin menjadikan setiap bakal pengantin dari pelbagai kelas ekonomi mampu menikmati hari bersejarah mereka dengan pakej yang berpatutan dan murah. Disebabkan itulah sambutan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan daripada kami sangat menggalakkan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kami sokongan yang penuh dan padu.
Semoga anda semua sentiasa mendapat limpahan rezeki dan kerahmatan daripada Allah swt:

Sebarang cadangan dan penambahbaikan daripada pihak pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan daripada kami amatlah digalakkan.
Sekian saya sudahi dengan ucapan terima kasih